..:: SUDUT TELADAN ::..

- Yang Baik Itulah Ikutan, Yang Buruk Itulah Sempadan -



( )


Hikmah Satu Tamparan

Ada seorang pemuda yang lama belajar di luar negeri kembali ke tanahair dengan angkuh dan sombong. Didalam benak kepalanya telah lama tersimpan 3 pertanyaan yang dianggapnya tiada siapa yang boleh menjawab. Satu hari beliau bertemu seorang imam tua ditempatnya.

Pemuda: Pak imam apakah boleh menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?

Pak Imam : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan kamu!

Pemuda: Pak imam yakin? Profesor dan banyak orang pintar yang saya tanya tidak mampu menjawab pertanyaan saya.

Pak Imam: Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya, insya'Allah.

Pemuda: Saya ada 3 pertanyaan : -
  1. Kalau benar Tuhan itu ada, tunjukkan wujudnya Tuhan kepada saya?
  2. Apakah yang dinamakan TAKDIR?
  3. Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa mereka dimasukkan ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan, sebab mereka memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?
Dengan sepontan Pak Imam tersebut menampar pipi si Pemuda itu dengan amat kuat.

Pemuda (sambil menahan sakit) : Kenapa pak imam marah kepada saya?

Pak Imam : Saya tidak marah...Tamparan itu adalah jawapan saya untuk 3 pertanyaan yang awak tanyakan kepada saya....!!

Pemuda : Saya amat tidak faham...??

Pak Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda : Tentu saja saya merasakan sakit dan pedih...!!

Pak Imam : Jadi awak percaya bahawa sakit itu ada?

Pemuda : Ya....!

Pak Imam : Tunjukan pada saya wujudnya sakit itu...,atau macam mana rupanya??..!

Pemuda : Tak boleh pak imam...!!!?

Pak Imam : Itulah jawapan kepada pertanyaan pertama awak, kita semua merasakan kewujudan Tuhan itu tanpa mampu melihat kewujudanNya.

Pak Imam : Adakah malam tadi awak bermimpi atau telah tahu saya akan menampar awak?

Pemuda : Tidak....!!?

Pak Imam : Apakah awak pernah terfikir akan menerima sebuah tamparan dari saya hari ini?

Pemuda : Tidak....!!!?

Pak Imam : Itulah yang dinamakan TAKDIR!

Pak Imam : Terbuat dari apakah tangan yang saya gunakan untuk menampar awak ini?

Pemuda : Kulit dan daging...!!! .

Pak Imam : Terbuat dari apakah pipi awak itu...?

Pemuda : Kulit dan daging....!!!??

Pak Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda : Sakit dan pedih....!!!?

Pak Imam : Itulah...! Walaupun Syaitan terbuat dari api dan Neraka terbuat dari api, Jika Tuhan berkehendak maka Neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk syaitan.... walaupun sama unsur asalnya...!!

Pemuda : Allahuakbar! Terima kasih Pak Imam. Sesungguhnya Allah Maha Besar Lagi Maha Pengasihani.


P/S : Berfikiran kritis/analitis itu baik tetapi hendaklah kiranya jangan melampaui batasan yang ditetapkanNya.. Moga beroleh sedikit sebanyak ilmu dari kisah tersebut. Wassalam.

Labels: , ,

#################### END OF THIS TOPIC ####################

0 Responses to “Hikmah Satu Tamparan”

Post a Comment

SUDUT PILIHAN

Laman Utama Sudut Isu Semasa Sudut Idea Kreatif Sudut Motivasi Sudut Teladan Sudut Personaliti Sudut Mutiara Hikmah Sudut Gelak Ketawa Sudut Tips & Petua Sudut Karya Sudut Galeri Foto






Pelawat Online






DOWNLOAD

  • Asmaul Husna
  • Nasyid AHAS
  • Nasyid Blogspot
  • Rabiah | Hijri Converter
  • XE | Money changer
  • Azim | Jawi Software
  • Azim | Jawi Font
  • Azim | Multikey
  • Azim | Panduan Multikey



  • LAMAN NASYID

    Haikal Official Site Rabbani Cyber Kerabat Devotees Komuniti Sahabat Hijjaz Mestica Fanz Club Mirwana Wildan Online Villa Sandaran Cinta Nasyeed.Com Komuniti Teman Inteam The Home of Raihan Web As Saufee


    LAMAN NGO

  • TERAS PENGUPAYAAN MELAYU
  • SAHABAT ALAM MALAYSIA
  • PER.PENGGUNA P.PINANG
  • ANG.BELIA ISLAM MALAYSIA
  • JEMAAH ISLAH MALAYSIA
  • PER.PERUBATAN ISLAM
  • MUSLIM PROFESIONAL
  • PPMUSM
  • PKPIM
  • KARISMA
  • HALUAN
  • HEWI PKPIM
  • APIS
  • ABIM Kelantan
  • ABIM Selangor
  • MISG-ABIM
  • PPIK - Kelantan
  • Kelab Remaja JIM
  • Kelab Remaja JIM
  • Seni Kehidupan
  • NISA'


  • BLOG MATERIAL

  • DailyBlogTips -> Tips
  • Clockmysite -> Embed Clock
  • ClockLink -> Embed Clock
  • Dynamic Drive -> Cipta Icon
  • Singingbox -> Upload Music
  • Ripway -> Sharing Document
  • 4shared.com -> File Sharing
  • Easy Poll -> Create Your Poll
  • Poll Code -> Free Poll
  • Awesome -> MP3 Player
  • Stickam -> AV & Photo Playlist
  • Eggdisk -> File Hosting
  • Imageshack - Image Hosting
  • PhotoBucket - Image Hosting
  • Meebo -> Chatting Online
  • Cbox -> Chatting Box
  • Shouthuns -> Chatting Box
  • Wordpress -> Free Blog:
  • Blogger -> Free Blog
  • BlogDrive -> Free Blog
  • GOOGLE -> Translate
  • ANFYteam -> Skrip Java
  • Odeo -> Studio Login
  • Windows Media Player


  • LINK


    Blogger Blogger
    Gmail Account Gmail - Mail Settings 
    Groups Groups - Subscriptions 
    Reader Reader - Settings 
    Talk Talk


    Yahoo Malaysia Broadcast Yourself
    Best Malaysian Sites Photo Bucket
    Go Meebo Powered By Blogger
    Powered by Blogger make money online blogger templates



    Powered By

    Powered by Blogger

    make money online blogger templates



    ..::: PENAFIAN :::..

    SEMUA PANDANGAN, KENYATAAN, IDEA, GAMBAR, POSTER, PENULISAN MAHUPUN APA-APA SAJA DALAM WEB INI ADALAH PANDANGAN PENULIS SEMATA-MATA.
    SEKIRANYA TERDAPAT PERSAMAAN ATAU PERCANGGAHAN, IA ADALAH SECARA KEBETULAN SAHAJA.

    COPYRIGHT © 2007
    (HAKCIPTA YANG HAKIKI ADALAH MILIK ALLAH S.W.T.)
    Blogger Templates Design by WAK KARTO | Written By WAK KARTO