..:: SUDUT TELADAN ::..

- Yang Baik Itulah Ikutan, Yang Buruk Itulah Sempadan -



( )


KISAH RM 1 DAN RM 50

Suatu hari, Duit Seringgit telah bertemu dengan Duit Lima Puluh Ringgit dan terjadilah perbualan antara mereka. Duit Seringgit seraya bertanya:-

"Oit,lama tak nampak, mana ko pergi?"

Duit Lima Puluh :-
" Aku pergi merata tempat. Pergi Stadium Bukit Jalil, tgk bola, naik kapal meweah STAR Cruise, pergi Kota Kinabalu naik AirAsia, lepak One Utama, lepak QueenBay Mall, pusing-pusing kat Gurney Plaza, tengok Konsert Akademi Fantasia, Malaysian Idol.. Tempat2 cam tuh lah. Eh, ko camner lak? Banyak tempat pergi?"

Duit Seringit pun menjawab perlahan seraya menunduk, "Hmm..biasa lah.. Balik-balik tempat sama.. surau, masjid, surau... masjid .......".

P/s: So.....fikir..firkirkanlah ? Adakah derma @ sumbangan hanya pada nilai seringgit?...

Labels: , ,

#################### END OF THIS TOPIC ####################

Everything Happen Have A Good Reason

Pada zaman dahulu terdapat seorang Raja dan Bendaharanya yg sangat suka memburu. Apabila memburu mereka berdua di temani dengan sekumpulan pengawal yang sangat setia tetapi semua pengawal tidak mempunyai kuda2 memburu yang sekuat dan selaju mereka berdua. Oleh itu takkala megejar binatang buruan sering kali pengawal-pengawal ditinggalkan.

Pada suatu hari selepas balik dari memburu Raja teringin memgasah pedang yg sering di gunakan untuk memburu. Baginda menanyakan kpd Bendahara nya tentang hasratnya itu, Bendahara lantas menjawap..." Everything Happen Have A Good Reason, Tuanku".

Dengan rasa senang hati Baginda mengasah pedang nya itu sehingga berkilat dan tajam. Malang bagi raja tersebut, tak kala mengangkat pedang yg tajam tu, tiba tiba pedang tu terjatuh ke ibu jari kaki raja lalu putus. Sakitnya bukan kepalang, raja lalu dirawati oleh ahli-ahli nujum istana yang setia. Bendahara yang mendapat perkhabaran duka tesebut lantas datang ke istana. Di istana, Bendahara terus mengadap raja yg sedang menahan sakit. Tak kala melihat Bendahara mengadap masuk, Raja lantas menanyakan kepada Bendahara apakah makna nya kejadian ini. Adakah ianya alamat yang tidak baik.??

Lantas Bendahara menjawap ' Everything Happen Have A Good Reason, Tuanku', mendengar sahaja kata Bendahara itu, Baginda sangat murka lantas mengarahkan Bendahara di penjara. Maka bendahara pun di penjara. Setelah pulih dari luka,Raja meneruskan aktiviti memburunya. Ketika memburu baginda telah megejar buruan dengan di iringi pengawal baginda. Oleh kerana kuda baginda sangat kuat dan laju maka baginda telah meninggalkan kumpulan pengawal nya.

Secara tidak sengaja baginda telah sesat dan memasuki kawasan orang makan orang. Baginda telah di tangkap dan di ikat lantas di masukkan ke dalam periuk yang masih tidak berair. Sedang dalam keadaan takut dan kalut itu, baginda di lawati oleh ketua puak tersebut. Ketua puak melihat baginda dengan pandangan yang sangat megerikan. Tiba tiba baginda di keluarkan dari periuk dan dilepaskan dari ikatan. Baginda telah di lepaskan pergi lantas baginda pun berlari meninggal kan kawasan tersebut sehingga berjumpa dengan kumpulan pengawal baginda yang panik mencari baginda. Baginda di bawa pulang ke istana.

Selang beberapa hari, baginda memanggil pembesar baginda dan lantas menanyakan kepada mereka megapakah baginda di lepaskan. Semua pembesar baginda gagal memberi jawapan yang betul dan tepat sehingga lah salah seorang pembesar meminta baginda memanggil bendahara yang di penjara agar buleh memberi pendapatnya. Dengan rasa berat hati, baginda memerintahkan agar Bendahara di panggil.

Bendahara datang dengan tenang dan mendengar pemasalahan yang di utarakan. setelah mendengar pemasalahan tersebut bendahara pun berkata, ' Everything Happen Have A Good Reason, Tuanku' lantas menyambung cakapnya, 'Wahai tuanku yang di sayangi, pada hemat patik megapa tuanku di lepaskan ialah kerna tuanku tidak lagi sempurna tuanku. Ada pun puak makan orang tersebut tidak suka memakan orang yang tidak sempurna sifatnya kerna pada kepercayaan mereka dengan memakan manusia yang tidak sempurna maka akan lahir dari keturunan mereka manusia2 yang juga tidak sempurna', panjang lebar bendahara menerangkan sambil raja mendengar dengan penuh minat dan bersyukur kerna dengan kekurangan nya itu baginda terselamat dari maut.

Maka benar lah kata Bendahara bahawa 'Everything Happen Have A Good Reason. Baginda melepaskan bendahara dari hukuman dan meminta maaf kepada Bendahara atas sikap baginda yang tidak berselidik dahulu. Namun dengan tenang Bendahara menjawap...Everything Happen Have A Good Reason, Tuanku...

"Tidak kah tuanku tahu andai tuanku tidak memenjarakan patik maka patik tidak akan berada di sini. Tuanku, kuda patik dan tuanku adalah sama laju dan kuat, andai kita tersesat dan di tangkap maka patik akan menjadi mangsa makanan mereka, tuanku kerna bukan kah anggota badan patik masih sempurna tuanku. Oleh itu patik pun patut berterima kasih kerna tuanku memenjara patik . Everything Happen Have A Good Reason

Labels: ,

#################### END OF THIS TOPIC ####################

Kisah Sebatang Bambu

Sebatang bambu yang indah tumbuh di halaman rumah seorang petani. Batang bambu ini tumbuh tinggi menjulang di antara batang-batang bambu lainnya. Suatu hari datanglah sang petani yang empunya pohon bambu itu. Dia berkata kepada batang bambu," Wahai bambu, maukah engkau kupakai untuk menjadi paip saluran air, yang sangat berguna untuk mengairi sawahku?"

Batang bambu menjawabnya, "Oh tentu aku mau bila dapat berguna bagi engkau, Tuan. Tapi ceritakan apa yang akan kau lakukan untuk membuatku menjadi paip saluran air itu."

Sang petani menjawab, "Pertama, aku akan menebangmu untuk memisahkan engkau dari rumpunmu yang indah itu. Lalu aku akan membuang cabang-cabangmu yang dapat melukai orang yang memegangmu. Setelah itu aku akan membelah-belah engkau sesuai dengan keperluanku. Akhir sekali aku akan membuang sekat-sekat yang ada di dalam batangmu, supaya air dapat mengalir dengan lancar. Apabila itu semua sudah selesai, engkau akan menjadi paip yang akan mengalirkan air untuk mengairi sawahku sehingga padi yang
kutanam dapat tumbuh dengan subur."

Mendengar hal ini, batang bambu lama terdiam..... , kemudian dia berkata kepada petani, "Tuan, tentu aku akan merasa sangat sakit ketika engkau menebangku. Juga pasti akan sakit ketika engkau membuang cabang-cabangku, bahkan lebih sakit lagi ketika engkau membelah-belah batangku yang indah ini, dan pasti tak tertahankan ketika engkau mengorek-ngorek bahagian dalam tubuhku untuk membuang sekat-sekat penghalang itu. Apakah aku akan kuat melalui semua proses itu, Tuan?"

Petani menjawab batang bambu itu, " Wahai bambu, engkau pasti kuat melalui semua itu, karena aku memilihmu justru karena engkau yang paling kuat dari semua batang pada rumpun ini. Jadi tenanglah."

Akhirnya batang bambu itu menyerah, "Baiklah, Tuan. Aku ingin sekali berguna bagimu. Ini aku, tebanglah aku, perbuatlah sesuai dengan yang kau kehendaki."

Setelah petani selesai dengan pekerjaannya, batang bambu indah yang dulu hanya menjadi penghias halaman rumah petani, kini telah berubah menjadi paip saluran air yang mengairi sawahnya sehingga padi dapat tumbuh dengan subur dan berbuah banyak.

Pernahkah kita berfikir bahwa dengan masalah yang datang silih berganti tak habis-habisnya, mungkin Allah sedang memproses kita untuk menjadi indah di hadapan-Nya? Sama seperti batang bambu itu, kita sedang ditempa, Allah sedang membuat kita sempurna untuk di pakai menjadi penyalur berkat. Dia sedang membuang kesombongan dan segala sifat kita yang tak berkenan bagi-Nya. Tapi jangan kuatir, kita pasti kuat karena Allah tak akan memberikan beban yang tak mampu kita pikul. Jadi maukah kita berserah pada kehendak Allah, membiarkan Dia bebas berkarya di dalam diri kita untuk menjadikan kita alat yang berguna bagi-Nya? Seperti batang bambu itu, mari kita berkata, " Ini aku wahai Allah, perbuatlah sesuai dengan yang Kau kehendaki."

Labels: , ,

#################### END OF THIS TOPIC ####################

Hikmah Satu Tamparan

Ada seorang pemuda yang lama belajar di luar negeri kembali ke tanahair dengan angkuh dan sombong. Didalam benak kepalanya telah lama tersimpan 3 pertanyaan yang dianggapnya tiada siapa yang boleh menjawab. Satu hari beliau bertemu seorang imam tua ditempatnya.

Pemuda: Pak imam apakah boleh menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?

Pak Imam : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan kamu!

Pemuda: Pak imam yakin? Profesor dan banyak orang pintar yang saya tanya tidak mampu menjawab pertanyaan saya.

Pak Imam: Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya, insya'Allah.

Pemuda: Saya ada 3 pertanyaan : -
  1. Kalau benar Tuhan itu ada, tunjukkan wujudnya Tuhan kepada saya?
  2. Apakah yang dinamakan TAKDIR?
  3. Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa mereka dimasukkan ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan, sebab mereka memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?
Dengan sepontan Pak Imam tersebut menampar pipi si Pemuda itu dengan amat kuat.

Pemuda (sambil menahan sakit) : Kenapa pak imam marah kepada saya?

Pak Imam : Saya tidak marah...Tamparan itu adalah jawapan saya untuk 3 pertanyaan yang awak tanyakan kepada saya....!!

Pemuda : Saya amat tidak faham...??

Pak Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda : Tentu saja saya merasakan sakit dan pedih...!!

Pak Imam : Jadi awak percaya bahawa sakit itu ada?

Pemuda : Ya....!

Pak Imam : Tunjukan pada saya wujudnya sakit itu...,atau macam mana rupanya??..!

Pemuda : Tak boleh pak imam...!!!?

Pak Imam : Itulah jawapan kepada pertanyaan pertama awak, kita semua merasakan kewujudan Tuhan itu tanpa mampu melihat kewujudanNya.

Pak Imam : Adakah malam tadi awak bermimpi atau telah tahu saya akan menampar awak?

Pemuda : Tidak....!!?

Pak Imam : Apakah awak pernah terfikir akan menerima sebuah tamparan dari saya hari ini?

Pemuda : Tidak....!!!?

Pak Imam : Itulah yang dinamakan TAKDIR!

Pak Imam : Terbuat dari apakah tangan yang saya gunakan untuk menampar awak ini?

Pemuda : Kulit dan daging...!!! .

Pak Imam : Terbuat dari apakah pipi awak itu...?

Pemuda : Kulit dan daging....!!!??

Pak Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda : Sakit dan pedih....!!!?

Pak Imam : Itulah...! Walaupun Syaitan terbuat dari api dan Neraka terbuat dari api, Jika Tuhan berkehendak maka Neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk syaitan.... walaupun sama unsur asalnya...!!

Pemuda : Allahuakbar! Terima kasih Pak Imam. Sesungguhnya Allah Maha Besar Lagi Maha Pengasihani.


P/S : Berfikiran kritis/analitis itu baik tetapi hendaklah kiranya jangan melampaui batasan yang ditetapkanNya.. Moga beroleh sedikit sebanyak ilmu dari kisah tersebut. Wassalam.

Labels: , ,

#################### END OF THIS TOPIC ####################

Paku Di Dinding Hatimu...

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku.

"Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut. "Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya.

Pada hari yang Pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan.

Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun. Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan. Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.

Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya.

Tetapi ingatlah, tak kisah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatan mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal. Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu ke arah kejayaan. Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita.


---------------------
"Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati anda."

Labels: , ,

#################### END OF THIS TOPIC ####################

SUDUT PILIHAN

Laman Utama Sudut Isu Semasa Sudut Idea Kreatif Sudut Motivasi Sudut Teladan Sudut Personaliti Sudut Mutiara Hikmah Sudut Gelak Ketawa Sudut Tips & Petua Sudut Karya Sudut Galeri Foto






Pelawat Online






DOWNLOAD

  • Asmaul Husna
  • Nasyid AHAS
  • Nasyid Blogspot
  • Rabiah | Hijri Converter
  • XE | Money changer
  • Azim | Jawi Software
  • Azim | Jawi Font
  • Azim | Multikey
  • Azim | Panduan Multikey



  • LAMAN NASYID

    Haikal Official Site Rabbani Cyber Kerabat Devotees Komuniti Sahabat Hijjaz Mestica Fanz Club Mirwana Wildan Online Villa Sandaran Cinta Nasyeed.Com Komuniti Teman Inteam The Home of Raihan Web As Saufee


    LAMAN NGO

  • TERAS PENGUPAYAAN MELAYU
  • SAHABAT ALAM MALAYSIA
  • PER.PENGGUNA P.PINANG
  • ANG.BELIA ISLAM MALAYSIA
  • JEMAAH ISLAH MALAYSIA
  • PER.PERUBATAN ISLAM
  • MUSLIM PROFESIONAL
  • PPMUSM
  • PKPIM
  • KARISMA
  • HALUAN
  • HEWI PKPIM
  • APIS
  • ABIM Kelantan
  • ABIM Selangor
  • MISG-ABIM
  • PPIK - Kelantan
  • Kelab Remaja JIM
  • Kelab Remaja JIM
  • Seni Kehidupan
  • NISA'


  • BLOG MATERIAL

  • DailyBlogTips -> Tips
  • Clockmysite -> Embed Clock
  • ClockLink -> Embed Clock
  • Dynamic Drive -> Cipta Icon
  • Singingbox -> Upload Music
  • Ripway -> Sharing Document
  • 4shared.com -> File Sharing
  • Easy Poll -> Create Your Poll
  • Poll Code -> Free Poll
  • Awesome -> MP3 Player
  • Stickam -> AV & Photo Playlist
  • Eggdisk -> File Hosting
  • Imageshack - Image Hosting
  • PhotoBucket - Image Hosting
  • Meebo -> Chatting Online
  • Cbox -> Chatting Box
  • Shouthuns -> Chatting Box
  • Wordpress -> Free Blog:
  • Blogger -> Free Blog
  • BlogDrive -> Free Blog
  • GOOGLE -> Translate
  • ANFYteam -> Skrip Java
  • Odeo -> Studio Login
  • Windows Media Player


  • LINK


    Blogger Blogger
    Gmail Account Gmail - Mail Settings 
    Groups Groups - Subscriptions 
    Reader Reader - Settings 
    Talk Talk


    Yahoo Malaysia Broadcast Yourself
    Best Malaysian Sites Photo Bucket
    Go Meebo Powered By Blogger
    Powered by Blogger make money online blogger templates



    Powered By

    Powered by Blogger

    make money online blogger templates



    ..::: PENAFIAN :::..

    SEMUA PANDANGAN, KENYATAAN, IDEA, GAMBAR, POSTER, PENULISAN MAHUPUN APA-APA SAJA DALAM WEB INI ADALAH PANDANGAN PENULIS SEMATA-MATA.
    SEKIRANYA TERDAPAT PERSAMAAN ATAU PERCANGGAHAN, IA ADALAH SECARA KEBETULAN SAHAJA.

    COPYRIGHT © 2007
    (HAKCIPTA YANG HAKIKI ADALAH MILIK ALLAH S.W.T.)
    Blogger Templates Design by WAK KARTO | Written By WAK KARTO